Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Petua Elak Telur Melekat & Merekah Waktu Rebus

nak hias pun cantik
Editor
26 Aug 2018, 10:13 AM

petua rebus telur tak pecah

Foto Kredit: seriouseats.com

Kredit: seriouseats.com

KENAPA TELUR REBUS MUDAH PECAH & RETAK?

Ini kerana apabila telur yang sejuk terkena pada air panas , kulitnya akan mudah retak dan pecah. Ia juga mudah retak jika diletakkan berdekatan antara satu sama lain apabila berada di dasar periuk.

Memang kena banyak bersabar sewaktu merebus telur yang cantik dan licin kulitnya kerana ia perlu dikawal dengan berhati-hati. Telur juga perlu direbus dengan menjaga suhu yang betul untuk memastikan telur yang direbus tidak pecah.

Jadi, untuk pastikan telur yang direbus tidak mudah pecah atau retak, ikuti langkah di bawah ini.

Foto kredit: saveur.com

Kredit: saveur.com

SEBELUM MEREBUS

1. PASTIKAN TELUR BERADA DALAM SUHU BILIK

Jika anda simpan telur dalam peti ais, elak terus merebusnya sebaik dikeluarkan kerana gas dalam telur akan meningkat apabila terkena haba.

Angin ini akan memecahkan bahagian kulit yang lemah untuk merendahkan tekanan. Rebus telur hanya apabila ia sudah berada dalam suhu bilik.

petua rebus telur tak pecah

Kredit: merci-mama.com

 

2. LEPASKAN GAS DALAM TELUR

Cucuk hujung telur dengan safety pin atau paku tekan untuk melepaskan gas dalam telur. Jika tidak dilepaskan gas ini, ia meningkat apabila direbus dan memecahkan kulit telur.

petua rebus telur tak pecah tak melekat

Kredit: seriouseats.com

3. SUSUN DENGAN CERMAT

Letak dan susun telur dalam periuk dengan cermat. Elak letak telur sekali banyak dan biarkan tersusun dalam satu layer agar berat telur tidak menekan antara satu sama lain.

Foto Kredit: inspiredtaste.net

Kredit: inspiredtaste.net

4. GUNA AIR SEJUK

Isi periuk dengan air sejuk. Sebaiknya, isi air dari tepi periuk dan bukannya secara terus pada telur untuk mengelakkan tekanan berlaku pada telur.

Foto kredit: inspiredtaste.net

Kredit: inspiredtaste.net

5. CAMPURKAN GARAM

Masukkan setengah sudu garam dalam air. Garam ini membantu menutup sebarang keretakan sewaktu merebus selain membantu menanggalkan kulit dengan cepat dan tidak melekat.

hilangkan sakit gigi

Kredit: phunukiueviet.com

6. CAMPURKAN JUGA CUKA

Letak satu sudu cuka mengikut jumlah telur dalam periuk sebelum mula merebus. Cuka membantu protein dalam putih telur menutup keretakan pada kulit dengan segera.

hilangkan kutu

Kredit: snughughome.com

SEMASA MEREBUS

1. GUNA API PERLAHAN

Biarkan telur direbus dengan api perlahan untuk mengelakkan ia ‘terkejut’ dengan peningkatan suhu. Kacau selalu dengan perlahan untuk elakkan telur tenggelam pada dasar periuk kerana ia boleh menyebabkan telur masak tidak sekata dan mudah pecah.

petua rebus telur tak pecah

Kredit: sarahmeyerwalsh.wordpress.com

2. TUTUP API SEBAIK AIR MENGGELEGAK

Tutup api sebaik sahaja air menggelegak dan jangan keluarkan telur terus. Jika anda inginkan:

Soft-boiled – keluarkan dalam masa 3 minit. Berhati-hati sewaktu mengeluarkan telur dari periuk. Guna sudu besar untuk mengelakkan telur pecah.

Medium-boiled – keluarkan dalam masa 5-7 minit.

Hard-boiled – keluarkan dalam masa 9-12 minit.

petua rebus telur tak pecah

Kredit: redmountaintrails.com

 

KALAU REBUS TELUR DALAM KUANTITI KECIL

Petua rebus telur tak pecah di atas ini boleh digunakan untuk anda yang merebus telur dalam jumlah yang besar mahupun kecil. Kalau nak senang, laburkan sedikit wang membeli color-changing egg timer yang membantu anda menjaga masa agar telur dapat direbus dengan sempurna. Tetapi alat ini hanya boleh memuatkan 1-2 biji telur dalam 1 masa. ‘Egg timer’ boleh digunakan untuk memasak telur dengan mudah.

petua rebus telur tak pecah

Kredit: lazada.com.my

JANGAN MAKAN TELUR REBUS YANG RETAK SEBELUM DIREBUS

Jika telur retak sewaktu proses merebus, ia masih selamat untuk dimakan. Tetapi jika telur telah retak sebelum direbus, buang terus telur berkenaan kerana ia biasanya sudah dijangkiti dengan bakteria. Jika direbus sekalipun, ia boleh membahayakan kesihatan.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}