
Sumber Norshahida Lambri / abangterlajaklaris
Anak demam? Nak hilangkan suhu panas anak yang demam? Korang amalkan petua ni :
Cara-cara nak buat minyak bawang,
1)Korang ambil 4 ulas bawang merah, kemudian tumbuk kasar beserta kulit. Pastikan jangan terlalu halus hingga ia jadi pes.
2) Letak bawang tersebut dalam bekas yang nak disimpan, Kemudian korang masukkan minyak kelapa, agak-agak tenggelam bawang tadi.
3) Ramas bawang tersebut dengan minyak tadi sampai ia jadi sebati. Ramas sampai jus dari bawang tu keluar..
4) Korang simpan aje dalam bekas yang kedap udara okay!
Sapukan pada dada, perut berserta urutan yang lembut. Kemudian sapu di belakanh badan, betis dan tapak kaki.
Pasti, badan anak akan rasa selesa dan tidur pun akan nyenyak.. selamat mencuba ya!
Tapi, kalau suhu badan terlalu panas, disarankan pergi ke klinik untuk rawatan doktor..
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.