Seorang pereka dari Perancis, Christian Poincheval telah mencipta satu pil khas dimana ia akan menukar bau kentut anda kepada beberapa bau berbeza.
Dipetik dari UNILAD, pil ini mampu menukar bau angin dari badan anda kepada ros, coklat, halia dan banyak lagi hanya dengan menelan pil tersebut.
Mereka yang memakan 2 hingga 6 biji pil ini setiap hari, dikatakan akan memberikan bau wangian pada usus sekaligus menyebabkan bau kentut lebih wangi.
Pil yang dikenali sebagai ‘Fart Pills’, dikatakan dibuat daripada 100 peratus bahan semulajadi ini telah dikaji sejak tahun 2004 dan telah memenangi banyak anugerah di Perancis.
Pil tersebut juga telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada serata dunia.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.