Pernah tak berlaku kepada anda, apabila ingin bangun pagi anda akan terus rasa sakit belakang. Ramai yang menganggap penjagaan tulang belakang perlu diutamakan waktu mereka sudah berusia. Tetapi sebenarnya, ia lebih baik jika anda mengambil langkah penjagaan pada usia muda supaya tidak terjejas apabila sudah meningkat usia.
Postur badan yang baik adalah penting dan merupakan salah satu cara yang boleh diamalkan untuk menjaga tulang belakang anda. Memang selalu dipandang remeh tetapi cara anda berdiri, duduk, baring mahupun mengangkat barang harus diberikan lebih perhatian. Jika postur badan anda salah, ia boleh menyebabkan sakit belakang yang amat berpanjangan.
Dr Kamarul Ariffin menulis bebenang di laman sosial Twitter tentang tips penjagaan tulang belakang.
- Duduk peha 90°, lutut 90°, belakang sandar
- Elakkan diri daripada membongkok dan melunjur
- Duduk dengan tegak semasa anda menggunakan komputer di riba
- Jangan duduk terlalu melunjur semasa memandu
- Mencangkung dahulu jika anda ingin mengambil barang di lantai
- Bawa barang rapat ke tubuh badan dan elakkan diri daripada membongkok
- Gunakan troli jika barang anda terlalu berat
- Elakkan daripada pusing badan anda sahaja apabila ingin mengalihkan barang
Jadi, anda pun boleh mengamalkan perkara-perkara ini semasa melakukan aktivit harian supaya dapat kurangkan rasa sakit belakang. Jika anda masih sakit belakang yang berpanjangan, dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor pakar.
Sumber:
Twitter Dr Kamarul Ariffin
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.