Ada sebab pulau-pulau ini popular. Ini kerana terdapat banyak kemudahan dan resort yang disediakan. Perjalanan juga agak mudah jika ingin ke sini. Jadi, sebagai pelancong, anda tidak perlu risau jika bercadang melawat pulau-pulau menarik di Sabah ini.
Pulau-pulau ini juga sungguh popular kerana banyak mendapat promosi dan publisiti. Informasi tentang pulau-pulau ini juga mudah dijumpai di Internet
1. PULAU MANUKAN, KOTA KINABALU, SABAH
Pulau Manukan adalah pulau yang paling popular di kawasan Kota Kinabalu. Pulau ini juga mempunyai beberapa kawasan yang terbentang baik di pantai selatan. Pantai yang terbaik adalah di kawasan hujung timur pulau itu. Pada luar pesisir Pulau Manukan terdapat terumbu karang yang sangat sesuai untuk diselam. Daripada 5 pulau yang termasuk dalam Taman Tunku Abdul Rahman, pulau ini mempunyai kemudahan pelancongan yang paling maju dengan terdapat 20 unit chalet, rumah kelab, dan beberapa restoran dan pusat menyelam.Taman Tunku Abdul Rahman meliputi lima buah pulau, iaitu Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi, dan Pulau Sulug dengan keluasan keseluruhan 4,929 hektar serta jaraknya dari Kota Kinabalu antara tiga hingga lapan kilometer.Pulau-pulau ini merupakan tempat perlindungan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan termasuk sejenis burung yang paling ganjil iaitu Burung Tambun atau Megapode yang kelihatan seakan-akan seekor ayam tetapi mempunyai kaki yang besar dan mengeluarkan bunyi seperti kucing.
2. PULAU MABUL, SEMPORNA, SABAH
Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terkenal kerana dekat dengan pulau Sipadan. Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak batu karang pelbagai jenis. Batu karang menjadi tumpuan spesies ikan marin kerana banyaknya makanan plankton . Dasarnya tidak dalam, sesuai dengan kejadiannya sebagai pentas benua di Laut Sulawesi. Kedalaman sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti ‘scuba diving’.
3. PULAU SIPADAN, SEMPORNA, SABAH
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.
4. PULAU SAPI, KOTA KINABALU, SABAH
Pulau Sapi adalah pulau yang terletak di Taman Tunku Abdul Rahman. Pulau Sapi dibangunkan dengan kemudahan pelancong yang termasuk jeti, perlindungan berkelah, tempat memanggang, meja, bilik persalinan, dan bilik air.
5. PULAU TIGA, KOTA KINABALU, SABAH
Pulau Tiga adalah sebuah pulau yang tidak dihuni oleh manusia yang terletak di Laut China Selatan, dekat pesisir pantai barat Sabah, Malaysia. Pulau ini terbentuk pada 21 September 1897 ketika gempa bumi yang melanda Mindanao menyebabkan letusan gunung berapi dekat Borneo.
6. PULAU BOHEY DULANG, SEMPORNA, SABAH
Pulau ini juga dikenali dan dipanggil Pulau Bohaydulong atau Pulau Bohidulong. Jarak perjalanan dari bandar Semporna lebih kurang 30 minit, dengan menaiki bot. Pulau Bohey Dulang ialah satu daripada 8 pulau dalam Tun Sakaran Marine Park.
7. PULAU KAPALAI, SEMPORNA, SABAH
Pulau Kapalai terletak lebih kurang 15 kilometer dari Pulau Sipadan. Ia adalah syurga bagi penggemar sukan skuba dan snorkeling. Pulau Kapalai juga adalah destinasi yang sangat sesuai untuk bulan madu. Biasanya, ramai orang akan pergi ke Pulau Mabul-Pulau Sipadan-Pulau Kapalai-Pulau Bohey Dulang
8. PULAU BANGGI, KUDAT, SABAH
Pulau Banggi ini adalah pulau terbesar di Malaysia. Lebih besar dari Langkawi dan Pulau Pinang!
9. PULAU BUM BUM, SEMPORNA, SABAH
Pulau Bum Bum terletak berhampiran dengan perairan Semporna, Kunak dan Lahad Datu. Dikatakan juga, saiz Pulau Bum Bum lebih kurang sebesar Singapura. Walaupun Pulau Bum Bum bukanlah sebuah pulau pelancongan, airnya masih lagi crystal clear. Percutian ke Semporna tidak sempurna jika tidak singgah ke sini.
10. PULAU MATAKING, SEMPORNA, SABAH
Tidak perlu cakap banyak, lihat gambar sahaja sudah buat mulut kita terlopong. Malah terdetik di hati, benarkah ada pulau sebegini di Malaysia? Bila sudah sampai Pulau Mabul, jangan lupa singgah ke Pulau Mataking. Mungkin kena sewa bot yang agak mahal, tetapi sangat-sangat berbaloi.
11. PULAU TIMBA TIMBA, SEMPORNA,SABAH
Ini sememangnya pulau yang jarang dikenali ramai. Jikalau anda cuba Google untuk mencari maklumat, pasti anda akan kecewa. Nasib baik ada yang sudi berkongsi gambar ketika beliau pergi island hopping ke sana.
Pulau Timba Timba terkenal dengan pantainya yang cantik dan hidupan laut yang jarang dijumpai. Juga ada warna 3 layer yang sangat cantik. Hidupan lautnya termasuk sotong besar, ular laut dan ikan jerung kecil. Selain itu, penyu juga selalui dijumpai di sini. Antara yang lain ialah udang kara, blue ribbon eels, moray eels, barracudas dan large coral trout.
12. PULAU SIBUAN, SEMPORNA, SABAH
Walaupun namanya sama, ini bukan Pulau Sibu yang terletak di Mersing, Johor. Pulau Sibuan termasuk dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran. Pulau ini berpenghuni dengan etnik Bajau Laut. Ada yang bersetuju, bercerita tentang pulau-pulau di Semporna lebih menarik dari tempat lain. Dikatakan lagi Pulau Sibuan adalah tempat pilihan diver sebelum Pulau Sipadan menjadi terkenal.
Ini cuma sebahagian dari pulau-pulau yang menarik di Sabah. Sebenarnya, banyak sangat tempat percutian menarik di Malaysia, lebih-lebih lagi di negeri Sabah. Cuma ramai antara kita tidak tahu kerana kurang publisiti dan promosi di media massa. Buat apa pergi ke Maldives jika pantai dan pulau di Malaysia adalah setanding?