Pasti diantara anda yang pernah mengalami ulser mulut kan? Tapi tahukah anda bagaimana ulser mulut boleh terjadi dan bagaimana untuk merawatnya?
Ulser mulut terjadi kerana adanya luka yang terjadi di sekitar rongga mulut dan kelihatan seperti tompokan putih dan kadang – kadang kemerah-merahan. Ulser mulut juga lebih sinonim dengan panggilan mata ikan ini sememangnya mendatang ketidakselesaan dan sakit walaupun hanya meminum air putih.
Punca terjadinya Mata Ikan?
• Kesilapan apabila memberus gigi, dan menyebabkan luka dalam rongga mulut
• Kecederaan di mulut akibat tergigit atau terkena benda tajam seperti tulang
• Cuaca panas dan kurang minum air
• Kekurangan zat makanan seperti Vitamin B12, Zat Besi dan asid folik
• Kesan radioterapi dan juga kimioterapi
• Alergik atau alahan
• Stress
• Jangkitan virus atau bakteria
• Perubahan hormon dalam badan
Apa petua dan tips cara meredakan sakit ulser mulut?
Gunakan madu dan letakan di bahagian ulser tersebut. Cara ini memang sangat berkesan dan merupakan petua meredakan ulser mulut yang berkesan sejak dahulu lagi dan sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Kumur dengan air garam, memang berkesan tetapi tidak disarankan jika anda tidak tahan sakit.
Elakan makan makanan yang pedas dan kari yang boleh mendatangkan kesakitan di bahagian Ulser Mulut
Minum air kosong kadang-kadang mendatangkan kesakitan, oleh itu, mungkin anda boleh minum air yang manis sebab ia tidak merangsang kesakitan. Jangan minum air terlampau manis, sikit saja sudah cukup.
Kalau ulser mulut anda terlalu besar dan tidak sembuh-sembuh dan kesakitannya juga tidak reda dalam masa 2, 3 minggu, silalah berjumpa dengan doktor.
Jika anda ada ulser mulut, anda bolehlah cuba petua cara meredakan sakit ulser mulut di atas.
Biasanya ulser mulut ini akan sembuh dengan sendiri dan tidak sakit lagi dalam masa 2,3 hari sahaja, tetapi bergantung juga kepada bilangan dan juga saiz ulser mulut tersebut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.