Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Rampasan Dadah Bernilai Jutaan Ringgit Buktikan Penguatkuasaan di Kelantan Berkesan dan Tegas

ROSTAM, Mohamad Firdaus
14 Jul 2025, 11:00 AM

rampasan dadah bernilai jutaan ringgit buktikan penguatkuasaan di kelantan berkesan dan tegas

Foto: Harian Metro

Siri tangkapan serta rampasan dadah berskala besar yang berlaku di negeri Kelantan baru-baru ini, melibatkan nilai jutaan ringgit, membuktikan bahawa usaha penguatkuasaan di lapangan sedang dilaksanakan secara efektif dan menyeluruh.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, turut menzahirkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kejayaan besar dalam membanteras aktiviti pengedaran dadah di negeri itu.

Beliau menegaskan bahawa tidak seharusnya wujud persepsi negatif terhadap Kelantan, sebaliknya masyarakat harus menilai kesungguhan kerajaan negeri dan pihak berkuasa dalam mengambil tindakan tegas serta menunjukkan hasil yang nyata.

“Kerajaan Negeri Kelantan memandang serius isu penyalahgunaan dadah kerana ia mampu menghancurkan masa depan anak muda serta merosakkan struktur sosial masyarakat.

“Penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara konsisten oleh semua agensi berkaitan agar masalah ini dapat ditangani secara menyeluruh dan berkesan,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook rasminya.

Datuk Dr Mohamed Fadzli turut mengakui bahawa kedudukan Kelantan yang berkongsi sempadan darat dengan negara jiran menjadikan negeri itu berdepan cabaran yang kompleks, khususnya berkaitan aktiviti penyeludupan yang semakin licik.

Menurut beliau, kewujudan laluan tikus yang banyak serta penglibatan sindiket antarabangsa memerlukan pendekatan yang holistik, melibatkan kerjasama erat antara pelbagai agensi di peringkat negeri dan Persekutuan.

“Namun, Kelantan tidak hanya duduk berpeluk tubuh dalam isu ini. Kita turut mengambil langkah proaktif melalui Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) negeri Kelantan sebagai antara inisiatif membanteras gejala ini.

“Selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam, kerajaan negeri kekal konsisten dan tegas dalam menjunjung prinsip serta usaha membasmi najis dadah dalam masyarakat,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa dengan kerjasama padu semua pihak, termasuk agensi penguat kuasa di peringkat Persekutuan, negeri Kelantan mampu menjadi model negeri bebas dadah walaupun berhadapan cabaran berat sebagai pintu masuk utama negara.

Dalam perkembangan berkaitan, media sebelum ini melaporkan kejayaan besar pihak polis Kelantan yang berjaya menahan sepasang suami isteri dan merampas sebanyak 90 kilogram dadah jenis ganja dengan anggaran nilai RM3.1 juta dalam dua serbuan berasingan di daerah Kuala Krai dan Pasir Puteh.

Sumber: Harian Metro

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us