Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Redah Hutan Lima Jam Dengan Motosikal Demi Bawa Pulang Jenazah Abang

ROSTAM, Mohamad Firdaus
27 Aug 2025, 12:17 PM

redah hutan lima jam dengan motosikal demi bawa pulang jenazah abangFoto: Agensi

Demi membawa pulang jenazah abangnya ke kampung halaman, seorang lelaki sanggup menempuh perjalanan selama lima jam meredah hutan dan laluan berlumpur dengan hanya menunggang motosikal yang telah diubah suai.

Menurut laporan Kompas, kejadian menyentuh hati itu dirakam dalam sebuah video tular yang memaparkan Peo Samania membawa jenazah abangnya, Nandar Samania, pulang ke rumah mereka di Kecamatan Pinogu.

Kampung tersebut terletak di kawasan terpencil dalam Taman Negara Bogani Nani Wartabone, berhampiran sempadan Gorontalo dan Sulawesi Utara. Kawasan itu tidak mempunyai kemudahan asas termasuk jalan raya yang sempurna, menyebabkan penduduk terpaksa bergantung kepada laluan tanah yang rosak dan berlumpur.

Perjalanan yang dilalui amat mencabar disebabkan keadaan jalan yang tidak rata dan dipenuhi lekukan.

“Kejadian ini berlaku semalam. Yang meninggal itu saudara saya,” kata Wawan Thalib, ahli keluarga si mati, ketika ditemui pada 23 Ogos.

Wawan menjelaskan bahawa Nandar sebelum ini jatuh sakit dan telah menerima rawatan di Hospital Toto selama empat hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Apa yang lebih menyayat hati, ketika Nandar dihantar ke hospital untuk rawatan, dia juga dibawa menggunakan motosikal meredah laluan yang sama.

Setelah meninggal dunia, jenazahnya terlebih dahulu dibawa dengan ambulans sehingga ke Desa Poduwoma, sebelum adiknya menyambung perjalanan terakhir menggunakan motosikal khas yang telah diubah suai.

“Semasa pergi dan balik, kaedahnya sama – dibawa dengan motosikal yang diubah suai khas,” jelas Wawan.

Sumber: Kompas

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us