
Seorang remaja perempuan, Nur Damia Umairah Amir Aswadi, 18, dari Kampung Beladau Kolam Manir, maut di lokasi kejadian selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan sebelum digilis sebuah bas di Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor, memaklumkan kejadian berlaku sekitar jam 8.25 malam.
"Kejadian berlaku ketika bas dipandu lelaki warga emas berusia 70 tahun dalam perjalanan menuju ke Kuala Berang manakala Nur Damia Umairah sedang menghala ke rumahnya di Manir.
"Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa dari lorong kiri jalan telah masuk ke laluan bas di lorong tengah, sebelum terjatuh dan digilis tayar belakang bas berkenaan," katanya dalam kenyataan tengah malam tadi.
Azli berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber : Astro Awani / BERNAMA
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.