Buat penggemar pearl milk tea, pastinya minuman ini akan menjadi pilihan setiap masa, lagi-lagi waktu panas terik ni.
Menerusi Instagram @khairulaming , berikut adalah cara mudah dan cepat untuk menghasilkan pearl milk tea sendiri. Mendapat lebih 2.5 juta tontonan, selebriti seperti Mira Filzah pun komen tu!
Bahan-bahan:
– ½ cawan gula perang
– 1 cawan air
– Pewarna hitam
– 2 cawan tepung ubi kayu
– 4 cawan air
Cara menyediakannya:
1. Masukkan setengah cawan gula perang, satu cawan air dan sedikit pewarna hitam
2. Kemudian, masukkan satu cawan tepung ubi kayu, kacau-kacau dan masukkan lagi satu cawan tepung ubi kayu.
3. Kalau adunan agak kering, korang boleh tambahkan sedikit air. Seterusnya, uli adunan tersebut dan potong kecil-kecil
4. Gentle potongan tepung tadi sehingga berbentuk bulat
5. Kemudian, masukkan satu cawan gula perang dan secawan air, dan masakkan pearl tadi selama lebih kurang 30 minit sampai jadi lembut dan pekat.
6. Maka, siaplah pearl tersebut dan korang bolehlah bancuh teh tarik ke, sirap bandung ke, milo ais ke, tak kisahlah ikut selera masing-masing
7. Tambahkan saja pearl di dalam minuman tersebut dan sedia untuk diminum.
Nampak senang kan? Selamat mencuba!
Sumber: Instagram @khairulaming via Remaja!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.