Foto: Facebook
Kerajaan Negeri Terengganu menerima peruntukan sebanyak RM3.1 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf beberapa jeti pelancongan utama di negeri itu.
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Razali Idris berkata, dana berkenaan disalurkan melalui Kementerian Kewangan dan akan digunakan Majlis Daerah Besut untuk membaik pulih Jeti Coral Bay Resort, Jeti Pasir Panjang serta Jeti Teluk Keke di Pulau Perhentian.
Menurutnya, penambahbaikan ini bukan sekadar untuk memperindah kawasan, tetapi juga bertujuan memastikan keselamatan pelancong dan meningkatkan keselesaan pengunjung yang menggunakan kemudahan jeti berkenaan.
Selain itu, kerajaan negeri turut memberi tumpuan kepada aspek pengurusan sisa dan kebersihan di kawasan pulau agar selaras dengan imej Pulau Perhentian sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Setakat pertengahan tahun 2025, dianggarkan kira-kira 300,000 pelancong telah mengunjungi pulau itu, sekali gus menunjukkan potensi besar sektor pelancongan Terengganu untuk terus berkembang dengan baik hasil peningkatan kemudahan dan infrastruktur sedia ada.
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.