![[video] ruang 40cm di china jadi rumah? kalau ada di malaysia, anda sanggup sewa?](https://media2.fishtank.my/media/gegar/assets/articles/doublepic-5.png)
Di China, ruang sewa berukuran hanya 40 sentimeter lebar dipanggil ‘mini-end’ menjadi pilihan sesetengah anak muda di bandar besar. Dengan harga sekitar USD1 sehari, unit ini menawarkan sekadar katil nipis, satu soket dan TV dinding. Cukup untuk tidur, tidak lebih.
Fenomena ini muncul kerana kos hidup yang tinggi serta permintaan tempat tinggal ultra-murah bagi pekerja bandar yang hanya perlukan ruang rehat sebelum menyambung kerja.
Namun, kemunculan ruang sekecil ini turut mencetuskan perdebatan adakah ia penyelesaian kreatif atau tanda tekanan hidup yang semakin menghimpit?
Soalannya sekarang… kalau ‘mini-end’ wujud di Malaysia, anda sanggup tak tinggal?
Adakah anda rasa ia satu penyelesaian, atau terlalu sempit untuk dipanggil ruang kehidupan?
Sumber: X (@PicturesFoIder)
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.