Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

“Ya, Itu Gambar Saya” – Saiful Apek Akui Ditahan Polis Akibat Isu Pergaduhan

ROSTAM, Mohamad Firdaus
30 Apr 2025, 05:30 PM

“ya, itu gambar saya” – saiful apek akui ditahan polis akibat isu pergaduhanFoto: Instagram

Pelawak terkenal, Saiful Apek, 56, mengesahkan bahawa dirinya adalah individu yang ditahan polis dalam gambar yang tular baru-baru ini.

Memetik laporan Berita Harian, beliau menyatakan bahawa penahanan tersebut berpunca daripada satu isu pergaduhan. 

“Saya yakin dan pasti, itu adalah gambar saya. Sekarang, pastinya ramai tertanya-tanya apakah punca saya ditahan polis.

“Apa yang boleh saya katakan, ia disebabkan isu pergaduhan. Itu sahaja yang boleh dikongsi, tunggu saya berikan penjelasan sepenuhnya nanti,” katanya kepada media.

Saiful Apek juga menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih mengenai kejadian tersebut.

“Kalau boleh henti sebarkan perkara yang kita tidak tahu hujung pangkal atau kesahihan selagi tak dengar daripada mulut ‘tuan badan’.

Tak perlulah nak buat andaian tak kira pihak mana sekalipun. Apapun tunggu saya berikan penjelasan selanjutnya. Jadi, tolonglah jangan sebar berita tidak sahih. Doakan yang terbaik buat saya,” ujarnya lagi.

Sementara itu, rakan seangkatan dalam kumpulan Senario, Azlee Jaafar, menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai penahanan Saiful Apek dan hanya mengetahui perkara tersebut selepas berita mengenainya tersebar.

“Saya baru bangun tidur, saya tidak tahu apa-apa mengenai berita ini. Bagi saya siasat dahulu,” katanya ketika dihubungi media.

Insiden ini mengingatkan kembali kepada penahanan seorang lagi anggota Senario, Yassin Yahya, yang ditahan di Lapangan Terbang Jeddah oleh pihak berkuasa Arab Saudi pada Mac lalu.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut diberikan mengenai butiran kejadian atau tindakan susulan oleh pihak berkuasa.

Orang ramai dinasihatkan untuk menunggu penjelasan rasmi daripada Saiful Apek atau pihak berwajib sebelum membuat sebarang spekulasi.

Sumber: BH Online

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us