Pernah dengar pokok cucur atap? Pokok ini tumbuh meliar di tanah berpasir sekitar kawasan pantai Terengganu. Siapa sangka pokok ini mampu menghasilkan serum antipenuaan yang ditemui penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Dipetik daripada Astro Awani, hasil penyelidikan kumpulan penyelidik Institut Bioteknologi Marin UMT yang diketuai Prof Madya Dr Mohd Zul Helmi Rozaini selama tiga tahun telah menghasilkan serum kecantikan setaraf jenama antarabangsa yang diberi nama Krasna.
Produk ini mempunyai komponen kimia hampir sama dengan pokok tea tree, memberi kesan penyerapan sepantas lima kali ganda daripada produk konvensional untuk memastikan keanjalan kulit kekal halus dan tegang sepantas 24 jam tetapi dan antiseptik untuk melindungi kulit daripada bakteria berbahaya yang boleh berjangkit.
Kredit: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.