Jika sebelum ini anda pernah ke negara Perancis, anda pasti dapat melihat budaya dinegara itu dimana rakyatnya akan saling berdakapan dan akan melagakan pipi ke pipi setiap kali bertemu atau berpisah.
Namun kini ekoran daripada penularan wabak Covid-19, rakyat di negara itu kurang atau tidak lagi melagakan pipi sesama sendiri.
Saranan dibuat oleh Menteri Kesihatan Perancis, Olivier Veran yang menyarankan agar warga Perancis berhenti aksi laga pipi sebagai langkah mudah menyekat penyebaran virus korona.
Malah di United Kingdom dan negara Jerman, mereka juga tidak lagi mahu bersalam bagi mengelakkan terkena jangkitan Covid-19.
Di Wuhan pula, mereka menggunakan kaki untuk menggantikan salam dan diberi dengan jolokan Wuhan Shake. Ia sedikit sebanyak memberi kelegaan dalam kalangan warga Wuhan dalam krisis Covid-19 ini.
Dapatkan perkembangan terkini Covid-19 disini.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.