
Sumber FB Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Kecoh di laman sosial Facebook Hari ni apabila Neelofa melancarkan pelancaran tudungnyya di sebuah pusat hiburan terkenal di Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, video beberapa Wanita berhijab menari dengan gaya yang menghairahkan turut tersebar hingga mengundang perasaan marah semua netizen.
Walau bagaimanapun, Neelofa keluarkan kenyataan dimana dia tidak mempedulikan kata-kata netizen mengenai apa yang berlaku.
"Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan.
"Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.
"Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang," katanya kepada BH Online.
Menerusi isu ini, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar memuat naik status di laman Facebook dengan teguran yang cukup berhemah buat Neelofa.. Rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang diperkatakan malah teguran itu mendapat lebih dari 15 ribu perkongsian di Facebook..




Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.