Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Peniaga Tikar Sewa Halalkan Tikar Yang Terlupa Dipulangkan

ROSTAM, Mohamad Firdaus
14 Mar 2025, 03:47 PM

Dalam pada para peniaga yang lain memilih untuk menjual sajian makanan di bazar Ramadan, berbeza pula dengan Mohd Syafiq Hamzah yang menawarkan khidmat sewa tikar.

Menurut lelaki yang berusia 34 tahun itu, meskipun dia hanya berniaga setahun sekali, hasilnya amat memuaskan hati kerana keuntungan yang diperoleh mencecah ratusan ringgit. Perkhidmatan sewa tikar tersebut ditawarkan kepada pengunjung yang ingin berbuka puasa di Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 (MBK1).

Sejak tujuh tahun lalu perniagaan ini dijalankan, Mohd Syafiq berkata jumlah sewaan tikar tidak menentu setiap hari, namun permintaan memuncak setiap kali hujung minggu.

“Kalau hari Isnin hingga Khamis tidak banyak dalam 40 ke 50 gulung tikar sahaja disewa kepada pengunjung.”

peniaga tikar sewa halalkan tikar yang terlupa dipulangkan

“Tapi, Jumaat dan Sabtu, permintaan memang tinggi dan saya boleh sewakan sehingga 80 gulung” katanya ketika ditemui wartawan di Padang MBK1.

Rata-rata pelanggannya terdiri daripada keluarga dan sekumpulan rakan yang memilih kawasan lapang dan suasana yang santai untuk berbuka puasa.

peniaga tikar sewa halalkan tikar yang terlupa dipulangkan

“Bukannya semua pengunjung membawa tikar sendiri. Ada yang datang secara kebetulan selepas berbelanja di bazar Ramadan berhampiran, lalu singgah ke padang untuk berbuka.

“Jadi, perkhidmatan ini banyak memudahkan mereka untuk duduk sambil menikmati suasana sementara menunggu waktu azan Maghrib dari Masjid Negeri yang terletak berhadapan kawasan ini,” ujarnya lagi.

Mohd Syafiq turut menjelaskan kadar sewa tikarnya bermula dari RM5 untuk segulung tikar bersaiz 4x6 kaki yang mampu memuatkan empat orang dewasa.

Selain itu, pilihan tikar yang lebih besar juga boleh didapati dengan harga RM15 untuk kapasiti 10 orang manakala RM20 untuk kapasiti 12 orang.

“Kami tidak mengambil deposit, tapi pengunjung hanya perlu membayar mengikut saiz dikehendaki dan boleh memilih tempat duduk di padang.

“Apabila sudah selesai (berbuka) dan mahu pulang, tikar itu perlu dipulangkan semula kepada kami,” katanya.

Mohd Syafiq turut memberitahu, segelintir penyewanya tidak memulangkan kembali tikar mereka. Dia percaya mereka tidak berniat buruk, sebaliknya mereka mungkin terlupa atau benar-benar memerlukan.

“Tapi saya halalkan sahaja. Namun, kalau mereka sedar bahawa itu adalah tikar sewaan, pasti mereka akan pulangkan semula.

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us