Jika anda merupakan orang yang ketagih untuk membeli-belah secara atas talian, anda telah termasuk dalam kategori penyakit mental yang dikenali sebagai 'Buying-shopping disorder' (BSD) atau Compulsive Shopping.
BSD merupakan salah satu sindrom penyakit mental yang telah dikenali sejak sedekat lalu, namun kini dengan adanya internet, BSD telah memberi kesan satu dalam 20 orang manusia di dunia ini.
Penyelidik dan pakar psikologi dari Hannover Medical School di Jerman, Dr Muller telah mengesan simptom dan ciri-ciri BSD pada mereka yang gemar shopping online.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Comprehensive Psychiatry dijalankan keatas 122 pesakit yang mempunyai masalah ketagihan membeli-belah secara atas talian dan mereka dilaporkan mengalami masalah kemurungan dan kebimbangan melampau lebih banyak daripada biasa.
Dr Muller juga menambah, BSD ini telah memberi kesan kepada 5% populasi atau satu daripada 20 orang manusia seluruh dunia , hingga ada yang mengalami masalah mental yang serius.
BSD juga boleh membuatkan seseorang menjadi terlampau teringin untuk membeli belah secara atas talian dan menyebabkan boros. Ia menyebabkan hilang kawalan diri, masalah perhubungan dan kekacauan fizikal.
Sumber: WOB
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.