Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Siasatan Kes 6 Rakyat Malaysia Termasuk Penyanyi Dikir Barat Wanita Hampir Selesai

Pihak Polis Thailand kini sedang menunggu keputusan cap jari dan ujian kandungan dadah dalam badan sebelum menghantar laporan penuh kepada pihak pendakwa raya.
Abdul Muadzar Azizan.
19 Nov 2024, 08:11 AM

siasatan kes 6 rakyat malaysia termasuk penyanyi dikir barat wanita hampir selesai

Siasatan kes membabitkan penahanan enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi dikir barat wanita di sebuah hotel di Golok hampir selesai.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Polis Jedsadavit Ingprapan berkata, pihaknya kini sedang menunggu keputusan cap jari dan ujian kandungan dadah dalam badan sebelum menghantar laporan penuh kepada pihak pendakwa raya.

Katanya, laporan penuh akan dihantar dengan kadar segera sebaik semua keputusan diterima dan kemudian tarikh pendakwaan akan diputuskan.

"Dalam kes ini, pihak kami bukan sahaja menjalankan ujian saringan air kencing, malah menyiasat dengan lebih mendalam jenis dadah yang diambil serta berapa banyak kandungan bahan terlarang ini di dalam badan kesemua suspek.

"Selain itu, cap jari pula untuk menyemak atau mengenal pasti jika mereka pernah melakukan kesalahan jenayah di Thailand, justeru tempoh reman yang diambil agak panjang sehingga 84 hari atau tiga bulan, untuk kes sebegini.

"Bagaimanapun, jika pihak berkuasa sudah mendapat cukup bukti dan berjaya menyiapkan laporan lengkap kepada pendakwa raya berkemungkinan tarikh pendakwaan diputuskan lebih awal," katanya ketika ditemui pekan Golok, di sini, semalam.

Beliau berkata, kesemua enam suspek dibenarkan untuk memohon atau memaklumkan kepada pihak Mahkamah Wilayah Narathiwat jika mereka mahu melantik peguam untuk pembelaan.

"Buat masa sekarang, mereka diserahkan di bawah pengawasan pihak penjara dan saya dimaklumkan berada dalam keadaan baik sahaja. Tambahan pula, layanan tahanan di Penjara Narathiwat sama sahaja tidak kira banduan tempatan atau luar negara.

"Siasatan akan dijalankan dengan telus dan teliti supaya keputusan yang terbaik dapat diputuskan mengikut undang-undang yang ditetapkan," katanya.

Sumber Harian Metro

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}