Ada orang kuku kalau tumbuh panjang sikit pun dah boleh naik rimas. Tapi bukan wanita ini yang telah menghabiskan masa hampir tiga dekad mempunyai kuku terpanjang di dunia.

Yani Williams, dari Houston, Texas di Amerika Syarikat telah membuat keputusan untuk menjual kukunya! Nenek berusia 54 tahun ini telah memecah rekod dengan memiliki kuku sepanjang 38 inci.
Dengan jualan kukunya itu, beliau amat berharap untuk memperoleh sebanyak £35 000 (RM 190,782).
Senarai harga kuala kukunya itu telah dimuat naak di laman Facebook.

Williams menyedari bahawa sudah tiba masanya untuk melepaskan kukunya apabila banyak tugasan harian mula terjejas.
Ibu kepada lima orang anak itu menyatakan bahawa dia mengalami kesukaran untuk memandu kereta, memakai pakaian dan menyuntik insulin kerana dia merupakan seorang pesakit diabetes.
Beliau hanya mendapat tawaran £75 (RM409) untuk setiap kukunya. Namun, baginya jumlah itu tidak mencukupi.


Menurut Williams, selagi mana dia tidak mendapat pembeli, dia tidak akan memotong kukunya itu.
“Saya tidak akan potong kuku selagi belum mendapat pembeli,” katanya.
Bukan itu sahaja, kuku kakinya disimpan panjang.

Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.