Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Solat Hajat Di Atas Jambatan Tedong untuk tolak kes bunuh diri

Kelantan anjur Solat Hajat atas jambatan
Abdul Muadzar Azizan.
05 Feb 2024, 04:06 PM

Jambatan-Tendong-solat-hajat.jpeg

Kerajaan negeri Kelantan mengadakan solat hajat di atas Jambatan Tendong, di sini hari ini sebagai salah satu usaha dan doa untuk mengelak kejadian terjun ke Sungai Kelantan dari jambatan itu berulang pada masa akan datang.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, pihaknya mengadakan solat hajat dan berdoa sebagai langkah pertama sebelum mengambil tindakan seterusnya selepas ini.

Menurutnya, solat hajat bagaimanapun boleh dilakukan di mana-mana sahaja, namun Jambatan Tendong dipilih memandangkan lokasi itu kerap berlaku kejadian terjun jambatan sejak kebelakangan ini.

“Orang terjun atas jambatan, bukan atas masjid. Kalau orang terjun atas masjid, kita buat solat hajat atas masjid.

“Di sini tempat orang terjun, kita buat di sini. Pada hakikatnya, solat hajat boleh dibuat di mana-mana,” katanya selepas Majlis Solat Hajat di Jambatan Tendong di atas jambatan itu hari ini.

menteri-besar-kelantan-jambatan-tendong.jpeg

Terdahulu, lebih 500 jemaah menghadiri solat hajat yang diimamkan oleh Timbalan Pengerusi Kesatuan Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang.

Mengulas lanjut, Mohd. Nassuruddin memberitahu, pihaknya akan mengadakan perbincangan semula bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkaitan cadangan pemasangan jaring bagi mengelak kejadian terjun jambatan dari terus berlaku di masa akan datang.

“Segala keputusan akan dilakukan selepas itu. Mungkin kita akan pertimbang cadangan dari pihak JBPM untuk pasang jaring apabila mengadakan perbincangan semula.

Media sebelum ini melaporkan, JBPM Kelantan mencadangkan pembinaan penghadang dalam usaha membendung kes terjatuh dari jambatan-jambatan di negeri.

Cadangan itu disuarakan susulan 17 kes jatuh jambatan di Kelantan telah direkodkan bermula 15 November 2021 hingga Januari tahun ini.

Sumber : Kosmo Online

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us