Buat pertama kali dalam sejarah, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 menyaksikan proses pengeluaran keputusan disingkatkan daripada 90 hari kepada 76 hari.
Keputusan SPM 2020 mencatatkan pencapaian calon yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80 berbanding 4.86 pada 2019.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata ia pencapaian terbaik sejak 2016.
Tambahnya, pencapaian calon luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar.
Seramai 401,105 calon telah menduduki peperiksaan SPM 2020 dengan jumlah keseluruhan 83 mata pelajaran di 3,310 pusat peperiksaan.
Selain itu, sebanyak 43 mata pelajaran menunjukkan keputusan peningkatan, 39 menurun dan satu kekal, kata Radzi.
"Pada SPM 2020, mata pelajaran Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menunjukkan peningkatan dalam prestasi mata pelajaran teras, sementara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menunjukkan penurunan.
"Calon layak sijil SPM pula meningkat kepada 88.68 peratus, lebih 1,96 peratus berbanding 86.72 peratus pada 2019.
"Sementara calon berkeperluan khas (CBK) layak sijil SPM turut menunjukkan peningkatan 6.88 peratus kepada 68.22 peratus pada 2020 berbanding 61.34 peratus pada 2019," katanya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.