Ramai pasangan mempunyai cara tersendiri bagi membuat kejutan kepada yang tersayang.
Menerusi satu posting dilaman Twitter, seorang lelaki mengajak pengguna jalan raya yang lain untuk membunyikan hon sebanyak dua kali sebagai tanda ucapan hari lahir ke-26 wanita itu.

“Hari ini hari kelahiran isteri saya yang ke-26. Dia sedang memandu kereta ini.
“Minta double hon dan senyum kepada isteri saya ye. Anda semua sangat sporting. Pandulah kenderaan dengan berhemah. Yang benar, suami.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan rasa sweet kepada lelaki berkenaan kerana sanggup berbuat sedemikian bagi menggembirakan hati isteri.
Sumber: Twitter Ojamoja
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.