Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Suami Isteri Dicekup Cuba Seludup Petrol

Sepasang suami isteri menyeludup 75 liter petrol ke Thailand menaiki kereta Perodua Kenari ditahan di Kampung Dusun Langgar, Wakaf Bharu dekat Tumpat
Abdul Muadzar Azizan.
10 Jul 2024, 01:18 PM

suami isteri dicekup cuba seludup petrol

Cubaan sepasang suami isteri untuk menyeludup sebanyak 75 liter petrol ke Thailand tidak berhasil selepas kereta yang mereka naiki ditahan di Kampung Dusun Langgar, Wakaf Bharu dekat Tumpat di sini semalam.

Kedua-dua suspek dicekup kira-kira pukul 11 pagi semasa anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menjalankan Operasi Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, anggota bertugas pada awalnya mengesan sebuah kereta jenis Perodua Kenari yang berada dalam keadaan mencurigakan semasa mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Wakaf Bharu.

Menurutnya, anggota penguat kuasa kemudian berjaya mengesan kereta itu diletakkan di hadapan sebuah rumah di Kampung Dusun Langgar.

“Pasangan suami isteri itu didapati berada di dalam kereta tersebut sebelum anggota penguat kuasa terus bertindak menahan mereka.

“Pemeriksaan pada bahagian tangki kereta itu mendapati bahagian tersebut sudah diubah suai sehingga mampu menyimpan sebanyak 75 liter petrol sekali gus melebihi kuantiti asal yang dibenarkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azman memberitahu, pasangan suami isteri itu juga gagal mengemukakan sebarang lesen atau permit dan surat kuasa berkait pemilikan petrol tersebut.

Menurutnya, mereka akhirnya mengaku kesemua petrol itu akan diseleweng dan diseludup ke negara jiran melalui pengkalan haram.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk kereta dan minyak petrol dianggarkan berjumlah RM5,175.

“Sehubungan itu, KPDN Kelantan akan mempergiat rondaan di stesen-stesen minyak yang terletak kira-kira 50 kilometer dari sempadan negara bagi mengelakkan bahan api bersubsidi itu diseludup,” ujarnya.

Tambahnya, pasangan suami isteri itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sumber : Kosmo Online

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us