Pernahkah anda melihat situasi bila mana anak atau adik beradik anda mengeluarkan bunyi menakutkan daripada gigi sewaktu mereka tidur?
Sebenarnya, bunyi yang terhasil itu datang daripada tabiat mereka yang gemar menggeselkan gigi.
Awas jika ini terjadi kepada anak atau adik beradik anda kerana ia secara tidak langsung boleh mengisar gigi mereka menyebabkan gigi menjadi rata dan nipis!
Dipetik daripada portal Public Health Malaysia, gesel gigi atau dikenali sebagai 'bruxism' adalah merupakan satu perbuatan mengetap atau menggeselkan gigi atas dan bawah, secara tanpa mereka sedari.
Jika ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan masalah lain seperti menghauskan permukaan gigi dan menyebabkan gigi terasa ngilu dan sakit.
Tabiat menggesel gigi ini juga merupakan salah satu tanda stress atau kebimbangan yang cuba ditunjukkan oleh anak kecil. Bawa mereka berjumpa pakar untuk pemeriksaan lanjut.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.