Emas merupakan antara simpanan yang paling bernilai berbanding dengan wang tunai.
Disebabkan nilainya yang mahal, ia boleh dijadikan simpanan sejak dari kecil, khasnya kepada anak-anak.
Siapa sangka, 1 gram emas yang dihadiahkan kepada anak sejak dari kecil, nilainya boleh mencecah sehingga RM59 ribu pada usia anak 18 tahun?
Memetik hantaran dari Vanilla Kismis, perkongsian dari seorang pengguna Facebook, Nur Aliah Mohd Nor menganggarkan harga emas semasa iaitu RM275/gram, dimana pengiraan simpanan adalah seperti berikut:
1 bulan simpan = 1 gram
1 tahun simpan = 12 gram
18 tahun simpan = 18 x 12 = 216 gram
216 gram x RM275* = RM59,400
(**harga semasa emas)
Tambahnya lagi, bayangkan jika harga semasa emas pada tahun akan-akan datang melonjak tinggi, sudah pasti jumlah simpanannya berbeza.
Dengan wang simpanan itu, dapatlah digunakan untuk faedah lain seperti menyambung pelajaran, membeli rumah dan lain-lain.
Sumber: Nur Aliah Mohd Nor via Vanilla Kismis
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.