Tidur ni nampak je macam remeh. Tapi, kalau korang tak dapat tidur yang mencukupi perkara tersebut akan membuatkan korang rasa tak selesa dan sebagainya.
Benda ni bukan sahaja applicable untuk orang dewasa ya sebab ada kajian yang menunjukkan kanak-kanak pun boleh terkesan akan kesihatan emosi mereka apabila kurang tidur.
Satu kajian yang dijalankan oleh seorang professor psikologi dai Universiti of Houstan bersama pengarah Sleep and Anxiety Centre of Houston bersama 53 orang kanak-kanak berumur di antara tujuh hingga 11 tahun. ‘
Mereka diminta untuk melengkapkan assessment berkaitan emosi sebanyak dua kali sepanjang kajian itu. Sekali apabila mereka mendapat tidur yang mencukupi dan satu malam lagi mereka tidak dapat tidur yang mencukupi.
Kajian tersebut menunjukkan beberapa gambar dank lip video akan perbezaan di antara orang merek yang cukup dan mereka yang tak cukup tidur.
Hasil kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang tak cukup tidur boleh berubah daripada pelbagai segi. Antaranya pengalaman dan juga cara mereka mengekspresikan emosi mereka.
Jadi, kalau korang ada adik beradik atau anak yang selalu adalah masalah emosi mungkin boleh cuba dengan cara memberi mereka waktu yang mencukupi untuk tidur.
Sumber: Malay Mail
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.