Kebanyakkan rumah dan premis masa kini menggunakan tandas jenis duduk bagi menggantikan tandas cangkung. Ada juga tandas yang dipasangkan pemancur automatik, dimana pengguna tidak perlu lagi menggunakan paip.
Namun sedar tak sedar, tandas jenis moden ini menjadi punca utama kepada penyakit buasir.
Menurut pakar estetika, Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi, ketika menggunakan tandas duduk, usus besar (kolon sigmoid) tidak dapat berfungsi dengan normal, menyebabkan najis tidak dapat keluar habis.
“Penggunaan tandas duduk menyebabkan najis tidak dapat keluar habis dan perlu diteran untuk keluar.
“Tetapi, walau sekuat manapun meneran, najis tidak dapat keluar habis dan tersimpan di dalam kolon sigmoid sehingga bertahun-tahun.
“Malah bila meneran, hanya 50 peratus tekanan atau tenaga digunakan untuk mengeluarkan najis manakala selebihnya akan mengundur semula menyebabkan komplikasi penyakit lain pula.
“Ditambah dengan gaya hidup masyarakat kurang makan buah, sayur dan minum air menyebabkan najis jadi keras.
“Apabila najis keras ini sering dipaksa keluar dengan meneran dan sering bergesel pada dinding usus, maka lama-kelamaan terjadilah buasir,”, jelasnya.
Penyakit buasir atau hemoroid terjadi hasil daripada rengangan berulang kali ketika pergerakan usus dan diburukkan lagi jika pesakit itu mempunyai sembelit.
Sumber: [1]
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.