
Foto: nypost.com
Pada awal petang Ahad, 13 Julai 2025, pihak berkuasa San Bernardino County menerima laporan mengenai sebuah objek mencurigakan. Objek tersebut ialah teddy bear yang kelihatan seperti dilitupi kulit manusia telah ditemukan di luar sebuah stesen minyak AMPM di persimpangan Bear Valley Road dan Amethyst Road, Victorville. Orang awam cemas lalu membuat laporan polis. Rakaman objek menunjukkan ia terletak di atas tanah dan disandarkan pada pintu kaca, lokasi tersebut segera dikawal dan koroner dipanggil untuk siasatan awal.

Foto: nypost.com
Setelah siasatan lanjut dijalankan, segalanya terjawab dan ia sebenarnya tidak diperbuat daripada kulit manusia, sebaliknya teddy bear itu merupakan sebuah prop yang digunakan dalam filem seram. Ia merupakan hasil seni rekaan asal DarkSeedCreations, sebuah kedai Etsy yang dimiliki oleh artis kesan khas Robert Kelly dari Carolina Selatan. Kelly mengakui telah menghantar satu teddy bear seperti itu kepada pelanggan di Victorville pada minggu sebelumnya. Teddy bear itu diperbuat daripada latex dan walaupun rupanya realistik hingga menimbulkan panik, ia hanya sebahagian daripada rangka karya seni bertema ‘kulit manusia’.

Foto: nypost.com
Karya Kelly melepasi konsep ‘macabre realism’ termasuk hidung, bibir dan soket mata yang dijahit seperti selepas pembedahan dengan tujuannya menghasilkan sesuatu yang menyerupai objek hidup. Ketika memberikan komen di Facebook, Kelly menyatakan:
"Yes I made the bear. I did ship that bear to an Etsy customer in Victorville CA last week. But, no I did not have any knowledge of the buyers intentions."

Ini menimbulkan persoalan sama ada ia sekadar provokasi seni atau sengaja dilakukan atas dasar prank. Walaupun tidak ada bukti berlakunya sebarang jenayah, insiden ini memicu kekecohan sehinggakan orang awam panik dan membuat laporan polis. Pihak polis turut mengambil serius akan isu ini.
Pihak sheriff masih menjalankan siasatan rasmi, walaupun pengakuan artis jelas menunjukkan tidak wujud unsur jenayah. Namun, pengawasan pihak berkuasa terhadap sebaran objek menakutkan di tempat awam tetap ditingkatkan.
Walaupun pada permukaannya kisah ini dramatis dengan teddy bear yang kelihatan seperti kulit manusia, namun ia sebenarnya manifestasi seni horror Latex tanpa mengandungi sebarang unsur jenayah.
Namun, ia mengajarkan kita tentang pentingnya meletakkan label amaran dengan jelas sekiranya karya rekaan berpotensi menakutkan orang awam. Letak batasan pada seni di tempat awam kerana tidak semua tempat sesuai untuk eksperimen visual keterlaluan. Selain itu, pihak artis perlu lebih peka dan jalankan tanggungjawab sosial dengan mengambil kira bagaimana reaksi masyarakat.
Apa pandangan anda? Adakah karya seperti ini melangkaui batas atau merupakan bentuk ekspresi seni yang sah?
Sumber: nypost.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.