
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi kata putus untuk membina 150 unit telaga tiub dan projek pemecahan batu hampar di muka sauk stesen Pam Kemubu 2.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Muhammad Hussain berkata, dua projek hasil kerjasama kerajaan negeri Kelantan itu merupakan inisiatif baharu di bawah projek perolehan darurat kemarau.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersetuju membina 150 unit telaga tiub dan projek pemecahan batu hampar di muka sauk stesen Pam Kemubu 2.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Muhammad Hussain berkata, dua projek hasil kerjasama kerajaan negeri Kelantan itu merupakan inisiatif baharu di bawah projek perolehan darurat kemarau.
Beliau memberitahu, proses pemecahan batu hampar dan kerja-kerja lain yang berkaitan di kawasan Stesen Pam Kemubu 2 tidak akan memberi kesan kepada aliran Sungai Kelantan berdasarkan ulasan teknikal dari JPS.
Jelas beliau, operasi pembenihan awan (OPA) yang dilakukan pada 21 hingga 23 Jun di kawasan hulu Kelantan masih belum memberi kesan optimum di Sungai Kelantan.
"Paras air Sungai Kelantan didapati belum mencapai paras yang diperlukan untuk membolehkan rumah pam di Kemubu 1 dan 2 beroperasi," katanya.
Muhammad memberitahu, KADA menjangkakan dua inisiatif bagi penyelesaian segera itu akan memastikan isu kemarau di kawasan skim pengairan KADA dapat diatasi.
Sumber : Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.