Sebuah syarikat pengeluar peranti di United Kingdom, Bullitt telah memperkenalkan telefon bimbit yang boleh dicuci dan juga antibakteria pertama kali seumpamanya di dunia.
Diberi nama CAT S42, telefon bimbit itu dibangunkan dibawah jenama Caterpillar dengan harga mampu milik.
Ia dilengkapi ciri IP68 yang menjadikannya kalis debu dan air, membolehkannya dicuci.
CAT S42 ini juga akan dilengkapi dengan perlindungan tambahan mulai tahun hadapan menerusi teknologi antimikrobial Biomaster yang dikatakan mampu menghentikan penyebaran kuman.
Bagaimanapun, teknologi itu bukanlah membunuh bakteria atau virus sepenuhnya, tetapi ia dapat mengurangkan jumlah bakteria pada tangan pengguna sehingga 80 peratus dalam tempoh 15 minit atau sehingga 99.9 peratus untuk tempoh 24 jam.
"(Inovasi) Ini sangat penting bagi pelanggan kami yang bekerja di sektor kesihatan dan penjagaan sosial atau mereka yang banyak bergerak .
"Penambahan perlindungan antimikrobial ke dalam CAT S42 adalah yang pertama untuk telefon bimbit model CAt.
"Ia menjadikannya lebih selamat bagi pengguna kerana dilengkapi ciri penting mengikut iklim semasa," kata pihak syarikat dalam satu kenyataan.
Sumber: Oddity Central
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.