Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Terengganu Sasar 10 Juta Pelancong Tahun Ini, Catat Lonjakan Ketara Awal 2025

ROSTAM, Mohamad Firdaus
17 Sep 2025, 11:50 AM

terengganu sasar 10 juta pelancong tahun ini, catat lonjakan ketara awal 2025Foto: Facebook

Kerajaan negeri Terengganu optimis sasaran kedatangan pelancong pada tahun ini mampu melepasi angka 10 juta orang, mengatasi unjuran awal sebanyak 8.5 juta pelancong.

Sehingga Jun 2025, negeri itu telah merekodkan hampir tujuh juta pelawat, sekali gus melebihi jangkaan awal untuk separuh tahun pertama. Lonjakan ini dipacu oleh peningkatan kunjungan pelancong domestik dan antarabangsa, dengan makanan tradisional, keunikan budaya, keindahan Tasik Kenyir serta pulau-pulau menjadi tarikan utama.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris, berkata 70 peratus daripada jumlah pelancong adalah dari pasaran domestik, manakala selebihnya pelawat luar negara.

Beliau berkata, beberapa acara besar masih menanti sehingga hujung tahun, antaranya Festival Kenyir, Terengganu Peranakan Cina Festival, Pesta Air Marang, Festival Sains Teknologi & Inovasi, Nelayan Berkolek serta Promosi Kraf Malaysia.

⁠“Dengan jadual acara yang padat, musim cuti sekolah dan sambutan perayaan, kita yakin angka kunjungan akan terus melonjak. Tambahan pula, Terengganu baru-baru ini diiktiraf sebagai negeri paling bahagia melalui Indeks Kebahagiaan Malaysia 2024,” katanya kepada media.

Razali turut memaklumkan sambutan luar biasa semasa cuti panjang Hari Kebangsaan, Maulidur Rasul dan Hari Malaysia baru-baru ini, yang menyaksikan ratusan ribu pengunjung membanjiri negeri berkenaan. Antara tarikan unik ialah perarakan bot sempena Hari Kebangsaan, yang tidak dianjurkan di negeri lain.

Selain itu, persembahan budaya seperti Ulek Mayang, dikir barat, pameran kraf dan festival makanan tradisional terus menjadi tarikan utama, khususnya dalam kalangan pelancong tempatan.

Beliau menegaskan kerajaan negeri komited memperkukuh sektor pelancongan dengan memanfaatkan aset semula jadi serta memperluaskan promosi digital bagi menarik lebih ramai pelancong asing, terutama dari ASEAN, China, Korea dan Eropah.

Menurutnya, peningkatan jumlah pelancong bukan sahaja melonjakkan sektor pelancongan tetapi turut memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat termasuk pengusaha homestay, bot pelancong, pemandu pelancong, penjaja makanan dan usahawan kraf.

⁠“Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak, 2025 bakal mencatat rekod baharu untuk industri pelancongan Terengganu,” katanya.

Sumber: Dagang.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us