Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Tiada Perancangan ETS ke Pantai Timur, Fokus Kekal di Pantai Barat – Anthony Loke

ROSTAM, Mohamad Firdaus
15 Jul 2025, 11:23 AM

tiada perancangan ets ke pantai timur, fokus kekal di pantai barat – anthony lokeFoto: Facebook

Kementerian Pengangkutan menegaskan bahawa tiada perancangan untuk melanjutkan perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) ke kawasan Pantai Timur dalam masa terdekat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, keputusan itu dibuat kerana infrastruktur rel di Pantai Timur belum memenuhi keperluan operasi tren elektrik, khususnya dari aspek elektrifikasi dan jenis landasan.

“Setakat ini, laluan di Pantai Timur masih menggunakan landasan tunggal dan tidak elektrified. Oleh itu, ETS tidak boleh beroperasi di sana. Buat masa ini, perkhidmatan menggunakan tren diesel (GMU) adalah penyelesaian yang digunakan,” katanya dalam satu sidang media, semalam.

Tambah beliau, fokus perkhidmatan ETS kekal di laluan Pantai Barat yang merangkumi perjalanan dari Padang Besar hingga ke Johor Bahru.

Sebagai alternatif jangka panjang, Anthony memaklumkan bahawa keperluan pengangkutan di Pantai Timur akan ditampung melalui Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang dijangka siap dan mula beroperasi dalam beberapa tahun akan datang.

“ECRL akan menjadi tulang belakang pengangkutan awam di Pantai Timur dengan liputan yang lebih menyeluruh dan kemudahan moden,” jelasnya.

Mengulas mengenai operasi semasa KTMB, beliau mengakui syarikat tersebut masih belum mencatat keuntungan keseluruhan, namun tetap diberikan sokongan kerajaan kerana memainkan peranan sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menyediakan perkhidmatan awam.

“Perkhidmatan seperti komuter sememangnya mencatat kerugian, namun KTMB menjana keuntungan melalui perkhidmatan kargo yang sedikit sebanyak membantu menampung kos operasi,” ujarnya.

Anthony turut memberi jaminan bahawa kerajaan tidak bercadang menaikkan tambang dalam masa terdekat, sebaliknya kekal komited memastikan perkhidmatan tren dapat dinikmati rakyat pada harga yang berpatutan.

Sumber: Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us