
Oleh Feyra Nasrom Sumber CARI
Kalau korang nak timbang berat badan ada waktu-waktunya tau! Untuk pengetahuan korang, nak timbang berat badan ada cara-caranya tau dan yang penting tidak boleh ditimbang mengikut sembarangan masa.
Korang haruslah menimbang berat badan pada jam atau waktu yang sama tau.
Menurut kajian, waktu yang paling baik untuk timbang berat badan adalah waktu pagi. Lebih bagus, selepas membuang air kecil dan juga sebelum sarapan.
Waktu itu dimana badan korang belum terisi dengan makanan dan minuman. Jadi, korang akan tahu dengan tepat berapa berat badan korang yang sebenar.
Sebaiknya, timbang berat badan korang pada waktu pagi yang sama setiap hari okay!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.