Kredit gambar utama: Shutterstock
Apa yang korang rasa bila pasangan korang ajak datang ke rumah untuk beraya? Mesti nervous habis kan? Silap-silap langsung tak boleh tidur terbayang keadaan hari tu nanti. Jangan risau, kami boleh bantu korang. Ikut je tips yang kami bagi kat bawah ni.
#1 Makanan Kegemaran Bakal Mertua

Kredit: Good News From Indonesia
Tak susah pun kalau korang nak tau apa makanan kegemaran bakal mertua korang. Pasangan korang confirm dah ada jawapan. Apa yang korang kena buat cuma perlu pergi kedai, beli dan bawa je masa korang beraya nanti. First impression kan penting, baru senang nak jadi menantu!
#2 Ambil Makanan Untuk Pasangan

Kredit: kbs.gov.my
Bila mertua korang jemput makan je, terus korang ambilkan makanan untuk pasangan korang. Acah-acah sweet sikit depan mertua, tapi jangan lebih-lebih kot ada yang menyampah. Haha.. Nak lagi sweet, cedok sekali makanan untuk bakal mertua korang. Mesti dorang senyum sampai telinga punya.
#3 Datang Beraya Waktu Solat

Kredit: iluminasi.com
Ada kena mengena ke? Mesti ada. Waktu ni lah korang kena tunjuk korang ni calon menantu terakhir! Masuk-masuk je rumah terus buka soalan, “Pakcik, boleh saya tumpang solat?” Confirm sejuk hati bakal mertua korang.
#4 Lebihkan Adab, Jangan Biadap

Kredit: Projek Travel
Kadang-kadang kita terlebih bergurau bila nak meriahkan suasana. Tak salah nak menceriakan keadaan tapi jangan over sampai bakal mertua korang rasa annoying. Cuba tunjuk sikit korang ni orang yang berbudi bahasa dan penuh adab. Barulah senang pakcik makcik nak buat menantu.
#5 Masuk Dapur

Kredit: genkimomma.my
Bagi yang perempuan, tak kisah lah berapa harga baju raya korang nanti tapi bila kat rumah bakal mertua, jangan lupa masuk dapur! Tolong-tolong family dorang hantar pinggan atau cawan ke dapur, sambil tu kan boleh borak-borak. Kalau part ni pun tak boleh buat, korang balik awal jelah.
#6 Jangan Datang Kosong

Kredit: blog.collegegreenlight.com
Seeloknya tanya pasangan korang dulu tentang keadaan keluarga, lebih-lebih lagi bakal mertua. Ini tips penting untuk impress bakal mertua korang nanti. Waktu berbual nanti, mesti kurang rasa kekok bila korang dah tau apa nak disembangkan. Kalau tak, main senyum-senyum jela depan kuih raya nanti.
#7 Pakaian Dan Penampilan Kena Jaga

Nak datang rumah orang, takkan nak datang selekeh kan? Nak dapatkan pakaian yang cantik dan sesuai, korang boleh cuba cari kat Pusat Pakaian Hari-Hari. Kat Pusat Pakaian Hari-Hari ada bermacam-macam jenis pakaian lelaki dan wanita, harga pulak sangat la berpatutan.
Untuk pengetahuan korang, Pusat Pakaian Hari-Hari sedang mengadakan promosi. Beli sekarang dan dapatkan hadiah percuma! Bagi setiap resit pembelian berjumlah RM100, korang akan dapat beg Hari-Hari bernilai RM200 secara PERCUMA. Promosi ini bermula pada 17 Mei 2018 dan berakhir sehingga kehabisan stok.
Untuk makluman lanjut, korang boleh klik di link ini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.