Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Nak Barangan Jualan Laku Keras Sebelum Raya? Ini Yang Anda Kena Buat

Paling penting, kenalah usaha dan rajin promote produk.
Izza Yatim
28 Apr 2021, 11:43 AM

nak barangan jualan laku keras sebelum raya? ini yang anda kena buat

Kredit: wayhomestudio/freepik.com

Bulan Ramadan bukan sahaja masa untuk meningkatkan amal ibadat tetapi, merupakan masa terbaik untuk tingkatkan jualan. Iyalah, dah hampir memasuki bulan raya sudah tentu ramai yang akan membeli barangan keperluan lebaran.

Jadi, inilah masa terbaik untuk anda rebut peluang jana buat pendapatan tambahan bulan ini! Tak tahu caranya? Ini kami kongsikan 5 tip yang anda boleh lakukan!

#1 Letakkan sasaran jualan dan kenal pasti sasaran pembeli

Mana-mana peniaga pun mesti ada sasaran jualan harian, bulanan dan tahunan. Ianya ibarat KPI yang mesti dicapai. Dan bagi membolehkan sasaran jualan ini dicapai, kenalah tau siapa sasaran pembeli. Barulah lebih mudah anda hendak menulis ayat pemasaran, membuat iklan dan merancang strategi pemasaran produk.

#2 Maksimumkan ejen dan stokis

Lebih banyak ejen dan stokis, produk lebih mudah dikenali, kepercayaan orang ramai pun bertambah dan sudah tentu membantu mencapai jualan yang diingini. Apa yang penting kerjasama! Jika kita menjual barang bersendirian sudah tentu jualan tidak sehebat kerja berkumpulan. 

#3 Buat tawaran istimewa raya

Inilah masanya anda adakan promosi eksklusif edisi terhad. Selain promosi harga runtuh, anda bolehlah berikan pelanggan bertuah hadiah percuma seperti sampul duit raya, bekas kuih raya atau aksesori. Anda juga boleh adakan pek kasih sayang lebaran, untuk dijadikan koleksi atau dihadiahkan kepada orang lain.

#4 Kuatkan strategi pemasaran

Antara cara yang boleh dilakukan termasuklah ubah teknik copywriting bagi membina kepercayaan pelanggan. Tunjukkan testimoni kejayaan melalui video temu bual, kongsi tip yang sesuai dengan pelanggan, gunakan video atau gambar yang lebih ‘hidup’ dan letakkan sales urgency serta call-to-action. Antara perkataan yang boleh digunakan adalah ‘cepat’ dan ‘promosi terhad’.

#5 Rajin follow up pelanggan

Anda kena ada satu database pelanggan, tidak kiralah yang sekadar bertanya tanpa membeli, membeli sekali atau pelanggan tetap. Inilah masanya anda follow up para pelanggan ini dengan menawarkan promosi terbaik dan kongsi gambar yang menarik.

Ada banyak lagi tip menarik yang boleh anda gunakan bagi meningkatkan jualan pada bulan Ramadan ni. Selain tip biasa, ada ‘killer’ tip yang anda kena tau. Iyalah, dapat apa jua pekerjaan yang dilakukan, kita kenalah sentiasa menambah ilmu. Barulah tak ketinggalan. Betul tak?

Barulah tak jadi begini...

Sebab itu penting untuk para peniaga mencari ruang dan peluang menambah ilmu di dada, Ada banyak strategi jualan yang boleh anda gunakan bagi menambah pendapatan. Salah satunya kelas yang dianjurkan oleh SifuBad. Follow Facebook dan Instagram SifuBad untuk maklumat lanjut. Hanya Yang Laju Akan Maju!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}