Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Tip Penting Beli Barang Elektrik Dapur

Memang mudah dan menjimatkan.
Editor
26 Jul 2018, 09:13 AM

Barangan elektrik ni merupakan satu keperluan bukan lagi satu kehendak. Zaman kini semua pun nak cepat, siapa yang lambat akan ketinggalan. Dan barangan elektrik ini dicipta untuk memudahkan kehidupan.

Anda yang sedang mencari barangan elektrik di dapur tu, jangan beli secara semberono. Selain membeli barangan yang mempunyai penjimatan tenaga untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan menjimatkan bil utiliti bulanan anda, pastikan anda bandingkan harga dan bertanya tentang servis pemasangan serta penghantaran. Pastikan juga tempoh warranti yang ditawarkan sesuai dengan produk yang dibeli. Jom ikuti tip untuk membeli 3 barangan ini supaya anda tidak tersilap beli.

Peti Sejuk

Selain harga, belilah peti sejuk yang sesuai dengan jumlah ahli keluarga. Jika bujang, peti sejuk satu pintu mungkin memadai tetapi untuk mereka yang telah berkeluarga, peti sejuk lebih besar diperlukan.

Ukur luas ruang dapur, laluan dan pintu masuk. Jangan pula beli peti sejuk terlalu besar sehingga tidak muat untuk melalui pintu dan tiada ruang yang sesuai untuk diletakkan. Takkan nak letak peti sejuk baru di luar rumah pula, kan?

Cari yang menjimatkan elektrik. Tahap kecekapan sesebuah peti sejuk itu diukur dengan nisbah kecekapan tenaga (EER), semakin tinggi nisbah semakin tinggi tahap kecekapan dan lebih menjimatkan elektrik.

Ketuhar Pemanggang Gelombang Mikro

Ada banyak jenis microwaves seperti built-in, jenis countertop atau above the range. Ada yang boleh digunakan untuk memanggang, memanaskan makanan dan defrost dan ada juga yang sekadar defrost dan memanaskan makanan.

Pilih yang mempunyai watt lebih tinggi bagi menjimatkan masa untuk memanas dan mencairkan bahan mentah. Begitu juga dengan teknlogi inversi yang membolehkan makanan anda masak setara dan jenis pintu pilihan yang mungkin perlu dipertimbangkan untuk mereka yang ada anak kecil di rumah

 Pilih antara yang mempunyai sensor atau tidak. Ketuhar pemanggang gelombang mikro yang mempunyai sensor dapat menjimatkan elektrik dan mengelakkan makanan anda daripada hangit.  

Mesin Muatan Depan

Tetapkan saiz muatan mesin basuh yang anda inginkan berdasarkan jumlah ahli di dalam rumah dan jenis pakaian yang ingin dibasuh. Antara soalan yang boleh ditanya... “Adakah saya hendak membasuh cadar?”, “Berapa kerap hendak membasuh baju”, “Adakah saya inginkan mesin basuh automatik atau separa auto?” dan “Adakah saya inginkan mesin basuh jenis front load atau top load?”

Mesin basuh front load lebih menjimatkan air berbanding top load tetapi harganya lebih mahal.  Pilih juga mesin dengan penilaian AAA atau A+AAA yang mewakili kecekapan guna tenaga dan menjimatkan bil utiliti bulanan.

Pilih mesin dengan Auto Sensing yang menyelaraskan kemasukan sejumlah air yang memastikan optimum dan menggunakan air serta tenaga minima.  

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}