Kredit: Freepik
Bergelar ibu, sudah tentu ada 1,001 pekerjaan yang perlu dilakukan setiap hari. Mana nak mengurus rumah tangga, anak-anak, suami, diri sendiri serta pada masa sama terikat dengan tugasan di tempat kerja.
Rutin yang padat ini membuatkan para ibu keletihan, dan sangatkan perlukan rehat serta waktu tidur optimum pada waktu malam. Tetapi, waktu tidur berkualiti inilah yang sukar diperolehi. Tidur yang tidak mencukupi pada waktu malam membuatkan para ibu mengantuk dan keletihan pada keesokan harinya.
Untuk ibu-ibu yang mudah terjaga waktu malam, ini kami kongsikan antara tip yang boleh diamalkan agar anda dapat tidur yang lebih lena.
#1 Elakkan minum kafein sebelum tidur
Untuk anda yang sukar tidur, elakkan pengambilan kafein sebelum tidur. Atau sebaik-baiknya hanya minum kafein pada waktu pagi, bagi anda yang tidak boleh ‘hidup’ tanpa kafein.
#2 Selesaikan kerja yang tertangguh
Baju kerja belum bergosok, pinggan mangkuk dalam sinki belum bercuci, baju kotor dah sebakul penuh, bahan-bahan untuk sarapan belum sedia... Ini antara perkara yang mengganggu fikiran para ibu sebelum tidur.
Jika ada 1,001 perkara yang hendak dilakukan di dalam kepala, sudah tentu hati tak tenang dan secara tak langsung menjejaskan waktu tidur. Sebaiknya selagi mampu, selesaikan perkara-perkara penting yang membelenggu fikiran anda terlebih dahulu sebelum ‘beradu’.
#3 Rutin menenangkan
Elakkan memegang fon atau scroll media sosial sebelum tidur. Anda boleh lakukan beberapa rutin menenangkan sebelum tidur seperti berendam dalam tab mandi, mandi dengan air suam, pasang aromaterapi sambil layan lagu kegemaran atau membaca serta mendengar alunan ayat suci.
#4 Waktu tidur yang konsisten
Bukan sahaja anak-anak perlukan rutin tidur yang konsisten, para ibu pun sama ya. Cuba patuhi rutin tidur anda sebaiknya walaupun ada ketika agak sukar dilakukan.
#5 Persekitaran bilik tidur kemas dan menenangkan
Bilik tidur yang kemas, berbau harum dan bersih semestinya membuatkan anda tidak sabar untuk beristirehat. Pastikan cadar ditukar dengan kerap, lantai serta kipas dibersihkan, tutup semua lampu dan hanya pasang lampu tidur sahaja. Jika perlu, pasang penghawa dingin untuk lebih keselesaan.
#6 Asingkan tempat tidur
Anak-anak kecil terutamanya, agak lasak ketika tidur. Sebab itu sebaiknya ajar anak-anak tidur di bilik sendiri bagi mengelakkan berhimpit-berhimpit di tempat tidur. Ruang tidur yang sempit membuatkan kita kurang selesa, badan akan lenguh dan sukar mendapatkan tidur yang lena.
#7 Urutan manja
Bukan sahaja anak-anak kecil perlukan urutan lembut bagi memberi keselesaan terutamanya di bahagian perut, dada, atas buku lali dan belakang, para ibu juga perlukan urutan manja sebelum tidur untuk tidur yang lebih lena.
Anda boleh gunakan Minyak Telon Najeehah yang diformulasi menggunakan saffron, herba termahal dan terkenal di dunia yang dipercayai sejak zaman berzaman. Selain saffron, Minyak Telon Najeehah juga diperkaya dengan kebaikan za’faran, bidara, pudina, minyak kayu putih, minyak kelapa dara, habbatussauda dan essential oil.
Nak gambaran tentang Minyak Saffron Najeehah ni? Segar dan Nyaman seperti bunga kembang Bila hirup bau...
Posted by Najeehah HQ on Thursday, September 17, 2020
Minyak Telon Najeehah bukan sahaja sesuai digunakan oleh bayi yang berumur kurang daripada 2 tahun, ibu-ibu mengandung dan orang dewasa pun boleh gunakannya. Sesuai sangat untuk legakan masalah senggugut, sakit perut, kembung dan harumannya boleh membantu anda tidur lebih lena.
Apa tunggu lagi? Jomlah “LIKE” dan “FOLLOW” Facebook dan Instagram Najeehah HQ untuk info lanjut dan untuk mendapatkan Minyak Telon Najeehah, hari ini!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.