Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

Tips Kurus Dan Kurang Sakit Kepala Dengan Hanya Minum Air Asam Keping Setiap Hari

Mudahnya! Hanya dengan gunakan barang di dapur je.

Pernah tak anda rasa sakit kepala yang melampau, sampaikan jadi migrain? Sampaikan tak boleh buat kerja dan hilang mood!

tips kurus dan kurang sakit kepala dengan hanya minum air asam keping setiap hari

Ini petua orang dulu-dulu untuk hilangkan sakit kepala, hanya dengan menggunakan air rendaman asam keping. Selain hilang sakit kepala, hilang jugalah berat badan kamu.

tips kurus dan kurang sakit kepala dengan hanya minum air asam keping setiap hari

Jom baca perkongsian di bawah!

Petua Air Asam Keping

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook, Sahiza Mohd mendedahkan setelah minum air rendaman asam keping selama 2 minggu, sakit kepalanya hilang dengan serta merta.

tips kurus dan kurang sakit kepala dengan hanya minum air asam keping setiap hari

“Patutlah orang dulu-dulu selalu amal benda ini sebab bagus untuk kerja di bawah matahari tak rasa panas kepala. Yang perut buncit akan jadi kempis. Badan pun rasa segar saja.”

Tambahnya bukan sahaja masalah sakit kepala dapat diselesaikan, malah berat badannya juga turun dengan mendadak.

Untuk menyediakan air rendaman asam keping, kamu hanya perlu rendamkan setengah asam keping bersama air panas semalam. Minum air rendaman tersebut selepas bangun tidur atau sebelum bersarapan.

Kebaikan Asam Keping Dari Segi Kesihatan 

  • Anti Kanser

Asam keping mengandungi sebatian atroviridison B yang berkesan dalam melawan sel kanser seperti kanser payudara, prostat dan paru-paru. Sebatian ini berperanan dalam proses apaptosis iaitu mematikan sel kanser daripada merebak dengan cepat.

tips kurus dan kurang sakit kepala dengan hanya minum air asam keping setiap hari

  • Kawal Tahap Kolestrol 

Potassium hydroxycitrate yang terdapat dalam asam keping mampu mengawal tahap kolestrol dalam badan. Menerusi kajian yang dibuat, ekstrak asam keping dapat mengurangkan LDL-kolestrol (kolestrol jahat) dan meningkatkan HDL-kolestrol (kolestrol baik).

Malah pembentukan lemak dalam saluran aorta juga dapat dikurangkan. Esktrak asam keping ini berkecenderung dalam mengurangkan tekanan oksidatif yang boleh menyebabkan penyakit atherosklerosis.

tips kurus dan kurang sakit kepala dengan hanya minum air asam keping setiap hari

  • Anti Mikroorganisma & Anti Bakteria 

Dipetik daripada Health Benefits Times, ekstrak asam keping boleh melawan mikroorganisma dan membunuh bakteria seperti patogen bakteria dan bakteria Gram-positif.

Asam keping yang bertindak sebagai anti bakteria ini sangat penting dalam menghalang mikroorganisma dan bakteria di bahagian sistem penghadaman yang mengakibatkan penyakit cirit-birit, kembung perut dan sebagainya.

Apa kata anda cuba amalkan petua di atas setiap hari. Mudahan-mudaha sakit kepala hilang, berat pun turun!

Sumber: Wanista

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}