
Oleh Feyra Nasrom Sumber Hanasuva
Wanita kebiasaannya berhadapan dengan masalah peha besar. Nak pakai seluar apa apa pun susah kan, kalau salah pilih warna seluar akan menampakkan peha yang besar. Tapi jangan risau , kita ada cara mudah untuk mengecilkan masalah peha besar korang. Jom baca kat bawah ni :
1)Minum air putih:
Air putih sangat penting dalam tubuh badan kita dan berfungsi untuk membuang segala kotoran dan juga membakar lemak
2)Makan makanan rendah kalori
Jangan makan makanan berminyak, yang tinggi kandungan gula dan juga lemak. Amalkan makan sayur-sayuran dan juga buah-buahan.
3) Tidur kena cukup
Ya,ini penting tau! Tidur memang kena cukup dan untuk pengetahuan korang, lebih kurang 45-115 kalori akan terbakar. Selain itu, jangan makan sebelum tidur okay!
4) Jangan kerja berlebihan
Jangan terlalu kuat berkerja hingga tiada masa untuk rehat. Badan memerlukan waktu rehat yang cukup untuk kesihatan. Jika tidak, berat badan akan bertambah dan lagi sukar untuk kecilkan peha anda.
5) Lakukan senaman atau gerakan yang boleh kecilkan peha
Kena ambil tahu senaman apa yang boleh mengecilkan peha anda. Korang kena berlari, naik tangga, squat , skipping, berbasikal antara senaman yang boleh mengecilkan peha anda.
*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.