
Foto: Berita Harian
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, memaklumkan bahawa kewujudan kes tular melibatkan pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir dari Sabah telah menjadi pemangkin kepada peningkatan kesedaran di kalangan ibu bapa dan pelajar di Kelantan. Dalam tempoh dua minggu terakhir, polis negeri menerima lima laporan berkaitan kes buli di sekolah.
Menurut Yusoff, sebelum ini masyarakat kurang jelas terhadap tindakan yang sepatutnya diambil dalam isu seperti buli siber. Namun, kes tular itu telah membuka mata ramai, mendorong mereka untuk tampil membuat laporan rasmi.
Beliau turut mengulas mengenai satu insiden buli yang melibatkan enam pelajar Tingkatan Empat ke atas seorang pelajar Tingkatan Tiga di Pasir Mas. Siasatan terhadap kes itu telah selesai dan kertas siasatan telah dihantar kepada pendakwa raya. Ke enam- enam suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis menunggu arahan lanjut dari Timbalan Pendakwa Raya.
Dalam usaha menangani isu keselamatan pelajar, setiap sekolah kini dilengkapi dengan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Di peringkat komuniti pula, Pegawai Perhubungan Masjid (PPM) ditempatkan di masjid-masjid mukim untuk memperkukuh kerjasama dengan masyarakat.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.