Bila berbicara tentang warna, pastinya kita sudah hafal dan mengingati semua warna sekaligus kenal dengan rupa warna tersebut. Tapi sebenarnya terdapat warna-warna yang unik dan mungkin anda belum pernah lihat sebelum ini.
Berikut adalah warna-warna unik yang mungkin pertama kali anda pernah dengar. Adakah anda pernah melihat warna-warna ini?
1. Sarcoline
Sarcoline adalah warna yang mirip dengan warna daging tetapi bukan bahagian daging yang berwarna merah.
2. Mikado
Mikado adalah warna kuning yang sangat tebal/pekat
.
3. Glaucous
Glaucous pertama kali digunakan sebagai nama warna pada tahun 1671. Warna ini adalah campuran warna biru dan kelabu.
4. Wenge
Wenge adalah warna kayu coklat gelap dengan campuran warna tembaga.
5. Xanadu
Xanadu adalah warna campuran antara kelabu dan hijau dari daun philodendron.
6. Falu
Falu adalah warna merah gelap.
7. Eburnean
Eburnean adalah warna gading dan tidak sepenuhnya berwarna putih, ada terdapat sedikit campuran warna kuning.
Apa pendapat anda?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.