
Seorang tenaga pengajar di Universiti Sains Malaysia (USM) berkongsi akan kisahnya sebagai tenga pengajar Kursus Seni Khat di university tersebut.
Muhammad Anis Abdul Ghani, 40, yang berasal dari Macahang berkata semenjak dari tahun 2012 dia sudah mempunyai pelajar bukan Melayu dan Islam yang berminat untuk belajar seni tulisan tersebut.
Dia bercerita setiap semester pasti akan ada pelajar dari kaum lain seperti Cina dan India yang mahu mengikuti kursus ini tanpa sebarang paksaan.
"Bukan sahaja pelajar Cina dan India Malaysia tetapi pelajar dari China, India dan negara Arab turut serta. Saya pernah bertanya adakah mereka tersilap memilih kursus tetapi jawapan yang diberikan adalah mereka memang meminati seni tulisan tersebut dan mahu mempelajari sesuatu yang baharu.
"Setahun ada dua semester dan penuntut silih berganti. Apa yang membuatkan saya teruja adalah setiap semester itu akan ada pelajar daripada kaum lain mengikuti kursus yang saya ajar. Untuk semester ini saya ada 50 orang penuntut dan 10 daripada mereka adalah pelajar Cina, seorang India serta Arab," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Bermula dari awal kelas, dia akan memberitahu kepada pelajarnya bahawa khat adalah seni dan seni tulisan ini untuk semua orang. Jadi, tidak akan ada pelajar yang bertanya apakah mereka perlu memahami Al Quran seandianya mahu mempelajari tulisan tersebut.
Lebih mengejutkan apabila dia memberitahu terdapat pelajarnya yang menyatakan mahu mempelajari tulisan tersebut lebih lama kerana masa yang diperuntukkan sangat terhad dan singkat.
Sumber: SInar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.