
Oleh Feyra Nasrom Sumber Rusmida Rusdi
Kalau sakit tekak atau batuk pasti kita akan kemam gula-gula tersebut untuk melegakan tekak kan? Selain itu, gula-gula sakit tekak berangin dan tidak memberi kesan mengantuk pada kita.
Jika korang sering alami batuk-batuk , apa kata korang cuba buat sendiri pula gula-gula ala hacks dan strepsil ni kat rumah. Perkongsian oleh Rusmida Rusdi ni senang je, korang boleh buat gula-gula ni mengikut bahan dan cara yang disediakan kat bawah ni okay:
DIY Ubat batuk persis gula-gula Strepsils!
Bahan-bahan yang diperlukan :
-Sediakan halia muda belia- 1 ketul
-Gula-1 cawan teh
-Secubit serbuk cengkih
-1 sudu besar madu
-1/2 biji lemon
-Air ( 1 cawan teh
Jangan keliru dengan 1 cawan teh dengan tambah serbuk teh pulak ! maksud 1 cawan teh tu merujuk pada sukatan mengikut cawan teh yang korang minum setiap pagi tu tau! Hehehe
Cara penyediaan:
1)Pastikan korang buang kulit halia, kemudian potong nipis dan tumbuk hingga hancur.
2) Korang masukkan halia, gula, air , madu, secubit serbuk cengkih dan juga lemon okay.
3) Biarkan hingga mendidih hingga warna dah jadi cantik. Kemudian biar ia jadi sejuk.
4)Bentukkan jadi bulat dengan menggunakan hujung sudu je. Kemudian, tabur gula.
Dah siap, simpan di tempat yang senang korang nak ingart, nak simpan dalam peti ais pun boleh.
*Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.