Oleh Feyra Nasrom Sumber abangterlajaklaris
Wanita mengandung kebiasannya berhadapan dengan masalah ini. Urat yang timbul ini berlaku diebabkan kehadiran hormone progesterone dan relaxin dalam wanita yang mengandung. Hal ini akan menyebabkan dinding saluran darah mengembang dan akan membuatkan urat timbul ke permukaan kulit.
Untuk menghalang urat ini dari timbul , korang boleh cuba 4 petua tradisional:
1)Korang potong beberapa ulas bawang putih dan tenyeh pada urat yang timbul. Korang kena amalkan selalu.
2) Petua kedua, korang campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air hingga ia jadi sebati. Kemudian, sapu pada urat yang timbul setiap malam okay. Pastikan tidur, letak kaki pada bantal
3) Ambil sedikit asam jawa dan campur dengan air hingga jadi pekat. Sapu pada kaki setiap malam. Ketika tidur, pastikan tinggikan kaki ketika tidur
4) Petua keempat, korang rebus kacang hijau dan minum airnya setiap pagi dan petang dan buat senaman angkat kaki selama 10 minit sebelum nak tidur.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.