
Sebuah Al-Quran yang disimpan di Perpustakaan Kompleks Hast-Imam, Tashkent, Uzbekistan dikatakan Mashaf Uthmani semenjak zaman Saidina Uthman lagi.
Menurut Ketua Jabatan Pembangunan Pelancongan Republik Uzbekistan, Mirzakhidov M Mirtolib, ayat-ayat Al-Quran itu ditulis di atas kulit rusa dan bertulisan Arab bergaya Hijazi yakni tulisan bahasa Arab pada masa itu.
Lebih menarik lagi, terdapat titik-titik hitam pada mushaf tersebut dikatakan darah Saidina Uthman. Berdasarkan kajian yang dijalankan pada titik tersebut, ia disahkan sebagai sampel darah manusia pada abad ketujuh sezaman dengan Khalifah Islam ketiga itu.
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) turut mengakui mushaf tersebut adalah peninggalan bersejarah umat Islam.
Sumber: Berita Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.