Pada hari Ahad, varian South African B.1.351 sudah mula dikesan 'bertapak' di negeri Kelantan apabila sebanyak 10 kes telah direkodkan.
Varian tersebut dikesan dari Kluster Bunut Sarang Burung, Tumpat dan mempunyai kaitan lokasi geografi dan berhubung rapat dengan Kluster Jalan Lima, Selangor.
Berita mengenai perkara tersebut dikongsikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menerusi sebuah hantaran di laman sosial Facebook rasmi agensi berkenaan.
Menerusi hantaran itu, JKNK Kelantan turut mendedahkan varian itu turut dikesan di negeri Perak.
"Selain itu terdapat tujuh kes lain dikesan di Selangor dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes tempatan Covid-19 varian South African B.1.351 ialah sebanyak 48 kes," katanya.
Varian South African B.1.351 Sehingga 2 Mei 2021, varian South African B.1.351 untuk pertama kalinya mula dikesan di...
Posted by Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan on Sunday, May 2, 2021
Varian South African B.1.351 pertama kali dilaporkan di dunia pada Disember lalu di dua negara iaitu Afrika Selatan dan United Kingdom.
Sementara di Malaysia ia mula dikenal pasti pada Mac lalu.
Sejak awal tahun 2021, kewujudan varian tersebut turut dilaporkan oleh negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Australia dan Korea Selatan.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.