Dunia kini dikejutkan dengan penularan Covid-19 yang bermula dari Wuhan, China dan kini ia telah merebak ke serata dunia.
Disebabkan itu, ramai mula mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan dijangkiti seperti mencuci tangan, memakai topeng tutup hidung dan mulut dan lain-lain lagi.
Namun, ada juga persoalan timbul mengenai penyebaran wabak coronavirus ini melalui penghantaran barangan, khasnya dari China. Adakah virus korona boleh tersebar melalui penghantaran barangan?
Menjawab persoalan ini, Public Health Malaysia menjelaskan, sehingga kini tiada bukti yang menunjukkan virus korona boleh merebak menerusi penghantaran barangan dari negara terjejas.
Tambah lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga tidak pernah menghentikan pembelian barang secara atas talian, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Apa pun, sila jaga kebersihan diri dan kesihatan anda serta ahli keluarga.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.