Seorang wanita dari Alagoas, Brazil yang menghidap penyakit haemangioma, sejenis penyakit bukan barah yang menyebabkan keradangan saluran darah, sejak dia dilahirkan menyebabkan beliau memiliki saiz hidung yang ganjil.
Oleh itu, dia sering kali menjadi mangsa buli dan diberi gelaran ‘Pinocchio’ disebabkan hidungnya yang ganjil itu.
Laudiane Fernandes banyak menghabiskan zaman kanak-kanak keluar masuk hospital, sebelum beliau terima diagnosis menghidap penyakit tersebut pada usia 16 tahun. Beliau telah menjalani lapan pembedahan.
“Saya menjalani lapan pembedahan dan yang terakhir, doktor cuba menyambung kembali kulit ke hidung saya tetapi ia menyebabkan jangkitan dan akibatnya, saya kehilangan sebahagian hidung,” kata Laudiane.
Bagi menutup rongga hidungnya yang ‘terbuka’, doktor terpaksa memotong sebahagian pipi kanannya untuk membentuk semula hidungnya.
Selepas pembedahan itu, beliau mula menjadi perhatian orang ramai oleh kerana keadaan hidungnya yang kelihatan sedikit ganjil itu.
Apabila Laudiane kembali ke sekolah, dia sering diganggu dan dibuli. Walaupun situasi tersebut meninggalkan memori yang perit dalam hidup beliau, Laudiane cuba sedaya upaya untuk fokus kepada perkara positif dan rasa bersyukur kerana dia masih hidup.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.