Cinta tidak mengenal siapa. Ia boleh datang tanpa kita diguna. Namun siapa sangka cinta juga boleh datang pada objek sekeliling?
Bekki Cocks, ibu tunggal berusia 26 tahun ini telah mengahwini karpet kesayangannya yang diberikan nama 'Mat'.
Bekki sangat menyayangi Mat kerana mereka sering meluangkan masa bersama malah karpetnya itu juga menjadi pendengar yang setia buatnya setiap hari.
Majlis perkahwinan Bekki dan Mat dilangsungkan dengan kehadiran rakan-rakan terdekat. Bekki mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Mat juga adalah daripada usikan rakan-rakannya.
“Kalau kamu sayang sangat ‘Mat’, mengapa kamu tidak kahwininya,” usikan rakan-rakan Bekki.
Dari situ Bekki merasakan bahawa dia perlu berkahwin dengan Mat. Beliau juga tidak dapat membayangkan kehidupannya tanpa Mat. Tambah lagi, Bekki akan membersihkan Mat dan memastikan Mat kelihatan bersih dan bagus.
Kisah perkahwinan manusia bersama objek ini bukanlah pertama kali seumpanya kerana sebelum ini seorang wanita 49 tahun telah berkahwin dengan selimutnya.
Sumber: The Sun
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.